Tuesday, July 27, 2010

nisfu syaaban

buku lama ditutup...

buku baru akan dibuka..

moga kehidupan akan bertambah baik dan diredhaiNya...

debaran

kenapa ni???
dah dua hari rasa yang sama
di waktu yang sama pulak tu...
Ya ALLAH moga tidak ada apa yang buruk akan berlaku..
aku memohon yang baik-baik sahaja...

Monday, July 26, 2010

selamat hari lahir...

selamat hari lahir..

14 syaaban 1203 - 14 syaaban 1231...

28 tahun....

Sunday, July 25, 2010

Saudariku

dipetik dari iluvislam..thank u..kongsi bersama...
   
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...
Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...
Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
 
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...
Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
 
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
Ibnu Aminah aljuhury..............

kesibukan....

emm..hari ke 14 bekerja tanpa henti..
ahad ke 2 bekerja..
tak tau nak kata macam mana..
hanya kekuatan darinya aku damba..
sangat penat..
kerja yang tidak pernah sudah..
redha...
elok juga sibuk..
moga aku tidak memikirkannya....

Thursday, July 22, 2010

datang lagi....

Ya ALLAH...
aku mohon dijauhkan dari perasaan begini..
tak mampu aku menanggungnya untuk sekian kali..
kalau ianya benar Engkau berikanlah aku petunjuk..
moga aku tidak keliru...

Ya ALLAH...
jangan Engkau lalaikan aku dengan perasaan begini..
bimbang aku melupakanMu

Ya ALLAH...
sekali lagi ia datang..
aku sudah tidak mampu..
aku terlalu lemah kali ini...
sakit menanggungnya...

Ya ALLAH....
hanya padaMu tempat aku bersandar
dan mencari keredhaan..
kuatkanlah hati dan jiwaku dalam menghadapi ujian ini
sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..
hanya dariMu aku memohon kekuatan tanpa silu...

Ya ALLAH....
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani
lagi Maha Menyayangi...
Jangan Engkau biarkan aku terus begini...
Aku tidak ingin sendiri...

Tuesday, July 20, 2010

ape ni???

Emm..ada saja yang akan menyentuh hati...
bila hidup mahu aman....
bila hidup mahu rasa bahagia....
sakitnya menghadapi keadaan begini....
Ya ALLAH aku memohon kekuatan dariMu...
Moga aku mampu mengharung arus dunia yang pelbagai ini..
tabahkan hatiku menghadapi semua ini...

hari demi hari...
hati terus tersentuh...
ada saja yang mengganggu..

aku redha andai ini takdir untukku...

Monday, July 19, 2010

Alyah-Tak Mungkin Kerna Sayang(High Quality)


Tajuk Lirik/Lagu: Tak Mungkin Kerna Sayang
Artis/Penyanyi: Alyah
Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
(Korus)
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
(Ulang Korus)
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
(Ulang Korus)

Sunday, July 18, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


...Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…

Saturday, July 17, 2010

jalan-jalan.........

penat..
memang penat...tapi ada kegembiraan dikecapi...
melupakan sebentar apa yang terbuku di hati...
dapat berkongsi rasa dengan teman rapat....
rasa di hati di bawa bersama hujan yang turun..
dihanyut air sungai yang deras...
ditelan hijau belukar dan kebun durian...
dibawa pergi jalan-jalan yang dilalui....

>>ipoh>>kuala kangsar>>taiping>>kemunting>>batu kurau>>anak kurau

Thursday, July 15, 2010

99 Nama Allah

Amani - AMAR (Buat Wanita Solehah)

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati


Wednesday, July 14, 2010

hantu....

berita menggemparkan di sekolah pagi ini..
ada ke patut..cerita yang tersebar hari ini mengenai aku dikejar hantu malam semalam...
huh...terkojut den...
bila pagi-pagi ada yang bertanya..betul ke semalam kena kejar ngan hantu??
sampai menjerit-jerit...menangis-nangis...
pling....pling..otak aku berfikir...apa pula kali ni??? betul ke cerita ni???
sedangkan semalam dari 6.30 petang sehinggalah 7.00 pagi tadi aku berada di dalam rumah..
tanpa setapak pun menjejak lantai di luar rumah....
maka aku pun menyiasat dari pelajar-pelajar aku.....
ye...menurut mereka...semalam ada yang melihat aku dikejar hantu...
mereka kata aku menjerit-jerit bila tudung aku ditarik oleh "orang" itu....
masya ALLAH..dugaan apakah kali ini...
apa pula mainan musuh manusia yang satu ini..
Ya ALLAH jauhkanlah aku dari gangguan makhlukMu yang satu ini.....

Monday, July 12, 2010

apa sebenarnya???...

apa sebenarnya???
aku sendiri tak faham.....
apa yang dimahukan???
bila ada masalah..
bila tiada sesiapa..
dan bila..bila..
baru cari aku ke???
emmmm.....

Sunday, July 11, 2010

Jauh....

JaUh...

Jauh..dari hari ke hari...
ku rasakan makin jauh...
jauh..kian jauh..
semakin jauh...semakin sunyi...
mengapa menjauh...
jauh telah ditinggalkan....
jauh..semakin dilupakan.....
jauh...semakin menyisih...
jauh...bersendirian...
jauh...keseorangan...

Friday, July 9, 2010

lihat pada titik di tengah kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pada dinding kosong di tepi anda.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sangat KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Menghayati peristiwa Israk & Mikraj

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Doaku

Moga dengan keberkatan hari Jumaat hari ini...
moga ada sinar yang menanti....
Alhamdulillah jika ALLAH mendengar doa-doaku....

Ya ALLAH..aku bersyukur jika Engkau mendengar dan mengkabulkan doaku itu....
aku akan terus meminta dariMu...
Hanya Engkau yang berhak menberinya....
Sekiranya itu yang terbaik untukku aku menerimanya dengan penuh rasa syukur dan redha
apa pun yang Engkau beri aku menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka..
moga ini yang terakhir..
AMIN....

Thursday, July 8, 2010

nur tuhan

terima kasih..sekali lagi saya meminjam artikel dari iluvislam ini....

Nur Tuhan
www.iluvilslam.com
Dihantar oleh:ana_ huda
Editor: fazly_90

Apabila hati itu sedang menangis, merintih seribu kesedihan. Entah kenapa hati itu sedih pada hari ini. Segala di hadapannya tidak menjanjikan sebuah senyuman kepadanya hanya kesedihan. Dia mula bosan dengan apa yang terpantul di matanya. Dia mulai bosan. Mengapa di sekelilingnya semuanya bagai cukup lengkap namun masih ada cahaya yang tertinggal. Walhal lampu yang terang benderang dengan harga yang beratus-ratus tidak dapat menembusi hatinya yang gelisah. Mengapa ? Mengapa masih ada kurang ?

Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar dari suasana mewah itu. Dia ingin sekali hatinya girang sekali lagi dengan nikmat yang tidak kekal ini. Dia sudah bersiap sedia walau dia tahu dia akan merasai lelah namun dia rela agar hatinya kembali ceria. Dia mulakan langkah. Dia tempuhi danau dan bukit-bukau. Mencari yang apa tercicir dalam dirinya. Hatta lautan seluas mana pun dia sanggup untuk redah biar bahaya di hadapannya. Dilihatnya terik mentari dan peluh mula mengalir. Dia teruskan lagi perjuangan yang belum tentu dapat menghadiahkan kegembiraan.

Suatu hari dia terjumpa sebuah pondok usang dan kecil. Namun dia hairan mengapa pondok itu seakan-akan miliki cahaya yang dapat menembusi hatinya. Kalah lampu-lampu mahalnya ! Dia bagai terpanggil untuk mendekati pondok buruk itu. Kakinya membawa dirinya semakin hampir kepada pondok tersebut. Di dinding pondok itu terdapat sebuah lubang dan dia mengintai dari lubang itu kerana begitu ingin tahu ada apa pada pondok itu. Dia melihat seorang lelaki sedang khusyuk bertafakur. Sesekali ternampak air matanya mengalir sambil mengalunkan zikir. Lelaki itu berhenti lalu bangun. Dilihat wajah lelaki itu penuh tenang dan bercahaya.
Lalu, dia mengambil keputusan untuk menumpang sebentar di rumah lelaki, entah dia sendiri hairan mengapa ingin sekali dia ingin kenali lelaki itu. Dia memberi salam dan salamnya dijawab. Diperkenalkan dirinya sebagai musafir dan ingin mohon izin untuk menumpangi di pondok tersebut. Lelaki itu tersenyum dan menyambutnya dengan gembira walau dalam keadaan sederhana.

Setelah beberapa hari di sana, dia begitu tertarik untuk mengetahui rahsia lelaki itu. Mengapa kamu tenang ? Mengapa kamu bahagia ? Mengapa kamu sentiasa menampakkan muka redha walhal hanya berhartakan sebuah pondok usang ? Mengapa ?

Tiada yang dapat memberikan aku bahagia melainkan izinNya hatta andai hartaku tinggi menggunung dan kekayaanku tiada tandingannya, aku tak boleh menikmati bahagia sekiranya Tuhan tidak mengizinkannya. Andai aku cari juga namun tidak kembali kepadaNya, apa yang kutemukan hanyalah kebahagiaan sementara. Bukan kebahagiaan abadi. Rahsianya ialah sentiasalah berusaha untuk dekat padaNya. Andai lautan gelora datang pun tidakkan ku takuti kerana aku ada Tuhan untukku sandarkan diri setelah aku berusaha dan bertawakkal. Andai hujan badai berturut-turut menimpa diri takkan ku gentar kerana Dia mengajarku tentang sebaik-baik tempat kembali iaitu syurgaNya. Apa yang penting…..aku ada Dia.

Terkedu dia mendengar kata-kata lelaki itu. Tertunduk malu pada lelaki itu malah lebih malu pada dirinya sendiri ! Itulah jawapan kepada soalan kegelisahannya. Dia tidak pernah menikmati hidup bertuhankan Dia sehingga dia berhambakan dunia. Air matanya menitis jua akhirnya dan lelaki itu menggosok-gosok badannya.

Semoga nur Tuhan melimpahi kita semua…..


Wednesday, July 7, 2010

elelektromagnet

alhamdulillah..
akhirnya ilmu yang satu ini mampu aku sampaikan dengan baik sekali..
bukan mudah untuk mengajar tajuk ini...
untuk memahami sendiri mungkin mudah..
tapi untuk memahamkan orang lain terutama pelajar yang ditahap lemah dan sederhana adalah satu tugasan yang berat...
walaupun letih yang teramat sangat hari..namun hati kepuasaan..walaupun bukan 100% yang aku harap..namun ada ilmu yang anak-anak aku perolehi hari ini....

Tuesday, July 6, 2010

Pada Mu Ku Bersujud

best jugak lagu ni....
mari hayati bersama...


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Back to *, Reff
repeat reff
pada-MU



aurat lagi...


sekali lagi aurat dan pakaian wanita islam dipersenda oleh masyarakat barat....
wanita-wanita yang menutup aurat akan didenda...
tapi bagaimana pula kita di Malaysia ini??
Malaysia negara yang bebas untuk menutup aurat..
tapi bagaimana pula bagi yang tidak menutup aurat???
haruskah didenda....
fikir-fikirkan....

Sunday, July 4, 2010

Jatuh

ada kisah di sebalik lagu ini..
memang patut dikenang..
kerana terlalu indah saat itu....
kini tinggal kenangan.....

Lirik/Tajuk Lagu: Jatuh
Penyanyi: Adam AF2

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu
Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Saturday, July 3, 2010

mahkota...

salam...

malam ini sebaik terlihat gambar profile seseorang di facebook..aku terpana..maaf jika ada yang menyentuh sesiapa..tapi telah lama terpanggil sebenarnya..mengapa perlu ditayangkan aurat dikhalayak....rambut adalah mahkota wanita..yang perlu dijaga rapi, disimpan dan dilindungi daripada mata-mata yang bukan muhrim....
masya ALLAH....aku bukanlah yang terbaik..tapi rasanya lebih elok jika kita menegur sesama sendiri...aku tidak mahu menanggung dosa bersama..
kenapa aku bangkitkan perkara ini....aku melihat berpuluh-puluh gambar wanita yang dipamerkan di facebook...mereka adalah di kalangan sahabat-sahabat, rakan-rakan dan bekas pelajar-pelajarku...terkadang hati menangis melihat gambar-gambar tersebut...bukan apa...mereka yang aku kenali adalah yang sentiasa bertudung..namun bila gambar terpampang...masya ALLAH...ada pelbagai fesyen rambut..yang lagi sedih...tiada yang menegur waima bakal suami mereka..YA ALLAH ampunkan dosa-dosaku... malam ini aku terpanggil...sedikit teguran di facebook...namun setelah 16 minit post tersebut berada di facebook..masih belum ada yang memberi respond....Ya ALLAH...bukakanlah hati-hati mereka....
Buat sahabat-sahabat lelakiku..tegurlah orang yang anda sayangi...insya ALLAH..jika suatu hari nanti wanita kesayangan anda itu akan menjadi milik anda, aurat mereka hanya untuk pandangan anda...
WALLAH HUALAM....

pesanan untuk diriku juga...

Friday, July 2, 2010