Saturday, August 7, 2010

aku yang terpana...

jam 4.00 pagi...aku menerima satu panggilan...

JAIP: Ini warden??
Aku: Ye...saya Cik S.....
JAIP: Saya dari JAIP..kami telah menangkap seorang pelajar cikgu...Namanya Z.....ada pelajar cikgu bernama ini??
Aku: Ada
JAIP: Tingkatan berapa tu cikgu??
Aku: Tingkatan 5
JAIP: Pelajar ini Pelajar bermasalah ke cikgu??
Aku: Xde pulak..biasa saje...
JAIP: Kami telah mendapati dia ini telah berkhalwat..bukan setakat berkhalwat ..kami dapati lebih daripada itu....
Aku: Masya ALLAH..di mana tu encik?? (suaraku mulai terputus2)

JAIP: Di sebuah hotel...pasangannya sempat lari...tp ICnya ada bersama kami
Aku: siapa namanya encik??
JAIP: I..........budak C...........
Aku: OOooo..bukan pelajar saya
JAIP: dia bersekolah di C......Pelajar cikgu ni pakaiannya sangat teruk seperti pelacur..Boleh cikgu ambik dia di sini???
AKu: saya di kampung. encik tak cuba hubungi emak dia??
JAIP: Dah beberapa kali dihubungi tapi xdapat.. Kampung cikgu di mana?? kalau tidak dia ni terpaksa bermalam di lokap.atau ada sape2 yang boleh ambil dia??
AKu: kampung saya di K..........semuanya dah balik kampung..
JAIP: Kalau begitu xpelah terima kasih ye...


mataku terus berkelip..memikirkan tentang pelajar ini..masya allah..apa harus aku lakukan??
jam berapa baru aku terlelap semula
bagai mimpi buruk telah melanda.....

No comments:

Post a Comment